Tuesday, June 7, 2011

Faedah Mengguna Laman Web Dalam PnP

Kelebihan laman web ialah ia amat mudah untuk difahami dan diuruskan. Sesiapapun boleh mengendalikan laman web tanpa kemahiran dalam pengaturcaraan komputer. Maka ia sungguh menarik kepada guru-guru yang ingin berkecimpung di dalam dunia IT tetapi belum lagi yakin boleh mengendalikan sistem komputer atau perisian yang selalunya dianggap susah (computerphobia). Dengan pengalaman daripada mengguna IT ini, diharapkan kakitangan akademik ini akan terus mencuba teknologi maklumat yang lain.

Penerbitan dalam laman web akan memudahkan pencarian maklumat (information retrieval) oleh pelajar. Dari seluruh dunia, sesiapa pun boleh guna search engine untuk mencari maklumat yang dikehendaki dan maklumat itu boleh dibaca oleh ramai orang secara serentak.

Penerbitan dalam Laman Web menetapi sasaran Pembelajaran Bestari dalam era globalisasi. Bahan-bahan PnP akan mudah diperoleh oleh pelawat dari seluruh dunia.

Penerbitan bercetak mengambil masa yang panjang tetapi dengan laman web, sebaik sahaja guru-guru menyiapkan bahagian-bahagian tertentu, beliau boleh terbitkannya untuk faedah pembaca. Sebarang pindaan juga dapat diterbitkan dengan cepat.

Penggunaan teknologi oleh guru-guru boleh meringankan kerja mereka terutamanya untuk memenuhi permintaan pelajar untuk nota-nota PnP tercetak. Ia juga boleh menjimatkan perbelanjaan dari segi kos dan bahan-bahan untuk mengeluarkan nota bercetak.

Hasil yang diterbitkan oleh guru-guru sendiri akan memberi kepuasan kepada mereka (job satisfaction) itu dan seterusnya mendorong beliau untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang mereka. Ia juga boleh menjadi contoh kepada guru-guru lain

Penerbitan nota PnP serta hasil kerja pelajar di Web Server akan menambahkan isikandungan web (Web content) daripada masyarakat Malaysia untuk faedah seluruh dunia.

# PnP ~ Pengajaran dan Pembelajaran

TERKINI

KESELAMATAN ICT SEKOLAH

Keselamatan ICT meliputi empat aspek yang penting, iaitu tanggungjawab, keselamatan fizikal, keselamatan sistem dan keselamatan data.

Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat kerajaan.

Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.

Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.

Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.

Pencegahan dan Pendidikan merupakan dua aspek yang penting dalam kawalan keselamatan. Oleh sebeb itu, pewujudan peraturan penggunaan peralatan ICT dan pengenalan etika penggunaan internet dari peringkat awal adalah penting.

TANGGUNGJAWAB

Dengan pengenalan ICT di sekolah, sekolah perlu sedar tentang peranan dan tanggungjawab kakitangan Kerajaan dalam mengawasi keselamatan data Kerajaan. Kesedaran akan menjadi semakin penting dengan pengenalan perisian aplikasi Kerajaan Elektronik di sekolah pada masa hadapan.

Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu dinaklumkan oleh pihak sekolah, khasnya pengurus dan pentadbir sekolah.

  1. KPM adalah pemilik maklumat ( termasuk aplikasi ) yang terdapat di dalam sistem pengkomputeran sekolah. Kementerian berhak melihat segala maklumat yang disimpan dalam sistem komputernya pada bila-bila masa.
  2. Setiap individu dalam KPM adalah Pengawal Maklumat dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi untuk mengawal keselamatan data yang dihasilkan atau digunakan untuk mengawasi, integrasi sistem dan maklumat KPM.
  3. Pembekal perkhidmatan maklumat adalah pengawal kepada data KPM, selagi maklumat itu masih di bawah kawalan mereka. Dengan kata lain, pemilik maklumat dan bidang lain dalam KPM adalah diklafikasikan sebagai Pengawal Maklumat dan mempunyai tanggungjawab yang sama seperti kakitangan Kerajaan semasa maklumat itu berada di dalam jagaannya.
  4. Setiap pengguna mestilah diberikan satu identity yang unik sebelum dibenarkan mengakses kepada maklumat pendidikan. Pengguna adalah bertanggungjawab secara peribadi terhadap setiap aktiviti yang menggunakan identitinya.

KESELAMATAN FIZIKAL

Keselamatan fizikal boleh dikaji dari lima aspek seperti berikut:

a) Keselamatan Infrastruktur

b) Keselamatan Fizikal secara umum

c) Keselamatan Fizikal tambahan di Bilik Pelayan ( Server Room )

d) Keselamatan Fizikal tambahan di Makmal Komputer

e) Penggunaan Peralatan Infrastruktur ICT

Cadangan tindakan bagi setiap aspek adalah seperti berikut.

1. Keselamatan Infrastruktur

2. Keselamatan Fizikal Secara Umum

3. Keselamatan Fizikal tambahan di Bilik Pelayan ( Server Room )

4. Keselamatan Fizikal tambahan di Makmal Komputer

5. Penggunaan Peralatan Infrastruktur ICT